Friday, 3 February 2012

Kisah Katak Kecil


Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil yang berlumba-lumba. Tujuannya adalah untuk mencapai puncak menara yang sangat tinggi.

Para penonton berkumpul bersama-sama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan untuk memerhatikan siapa yang boleh mencapai puncak menara yang tinggi itu.

Perlumbaan pun bermula....
Secara jujur tidak ada penonton yang benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil itu akan berjaya mencapai puncak menara. Terdengar ada penonton yang berkata:

"Oh, jalannya terlalu susah!!! mereka tidak boleh berjaya sampai ke puncak"

"Tidak ada kemampuan untuk mereka berjaya, menaranya terlalu tinggi!!!"

Katak-katak kecil mulai berjatuhan satu persatu, kecuali mereka yang tetap bersemangat. Mereka yang bersemangat menaiki menara perlahan-lahan dan semakin lama semakin tinggi..

Penonton terus bersorak....

"Terlalu susaahh!!! tidak ada seekor pun akan berjaya!!!

Maka lebih banyak lagi katak-katak kecil yang penat dan menyerah. Tetapi ada satu yang tetap menlangkah hingga semakin tinggi dan tinggi..... dia tidak mahu menyerahkalah.

Akhirnya yang lain telah menyerah kalah untuk menaiki menara kecuali seekor katak yang begitu berusaha keras dan menjadi satu-satunya yang berjaya sampai ke PUNCAK.

Semua katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?

Seekor peserta bertanya bagaimana katak yang berjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai puncak? Ternyata katak-katak yang berjaya sampai ke PUNCAK merupakan seekor katak yang TULI..



Pengajaran

Jangan sesekali mendengar kata-kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis kerana mereka akan mengambil sebahagian besar impian anda dan menjauhkan kejayaan daripada anda.

Bersikap tuli jika ada orang yang mengatakan bahawa kamu tidak boleh berjaya... put on CAN DO attitude..
Selamat Berjaya!!!.





No comments:

Post a Comment